RINDUKU DARUL IMAN RESOURCES
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan
Thursday, 14 April 2022
PENGKOMPUTERAN AWAN
Wednesday, 13 April 2022
RANGKAIAN TEKNOLOGI IR 4.0
KESELAMATAN SIBER
Seterusnya ialah penemuan dalam teknologi baharu ini ialah keselamatan siber. Merujuk kepada penemuan teknologi baharu dalam revolusi perindustrian ke empat ini, keselamatan siber juga tergolong dalam kategori ini, sistem keselamatan iaitu terkenal sebagai Ujian Penilaian Postur Keselamatan IT atau terkenal dengan Ujian Penebusan Rangkaian. Jurutera keselamatan siber akan mengaturkan perkhidmtan ini dengan serangan siber terhadap sistem ICT. Ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan sistem ICT iaitu rangkaian network dan aplikasi Mobile/Web dalam keadaan lemah atau sebaliknya bagi sebuah syarikat.Perkhidmatan keselamatan siber ini telah mendapat pengiktirafan dari Akreditasi dan ia merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana majoriti institusi kewangan dan syarikat ternama di Malaysia berada dibawah pengiktirafan Akreditasi. Secara umumnya, permulaan munculnya revolusi Industri ini, berbagai persoalan yang timbul tentang tahap kesediaan Malaysia bagi pengadaptasian bagaimana persediaan ini berkembang agar terus maju sama ada boleh berkembang seiring dengan negara lain.
ROBOTIK
Selain itu, penemuan dalam teknologi baharu ialah robotik.Robotik boleh didefinisikan sebagai mesin yang membolehkan kerja-kerja manusia dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk.Penggunaan sistem robotik ini mempunyai beberapa sistem mekanikal dimana fungsi robot ini terdiri daripada sensors (input), actuators (output) yang mana pengawalan dilaksanakan melalui komputer. Perkataan asal robotik ini ialah peralatan elektrik dan mekanikal dapat dilakukan secara automatik. Seiring dengan arus semasa pada masa kini yang berkembang pesat, komunikasi dan teknologi maklumat dalm bidang pekerjaan sangat berkesan dan memberi pengaruh kepada golongan yang bekerja. Bagi sektor dalam industri pengeluaran, penggunaaan sistem robotik ini sangat meluas yang merangkumi sistem yang dikawal secara penggunaan komputer dan untuk automasi kilang, sebaliknya jika bukan melibatkan sektor pengeluaran, teknologi baharu ini menerusi teknologi maklumat tetap berkembang terutamanya untuk perkhidmatan sektor awam dan swasta. Penemuan teknologi baharu seperti ini sangat baik bagi menghasilkan gerak kerja yang cepat dan pantas, ini terbukti apabila kerja-kerja yang rumit dapat disiapkan dengan cepat dan tepat kerana pergerakan ortagon boleh melepasi had tambahan.