Thursday, 14 April 2022

PENGKOMPUTERAN AWAN

                                        


Pengkomputeran awan boleh didefinisikan sebagai pembangunan serta penggunaan pengkomputeran melalui internet iaitu anjakan paradigma yang lebih terperinci dari pengguna dan tidak lagi memerlukan pengetahuan, kepakaran yang mendalam bahkan mengawal infrastruktur teknologi dalam awan yang disokong mereka. Sumber-sumber yang diperuntukkan dapat diskalakan secara dinamik serta boleh dimayakan secara satu perkhidmatan di internet. Bagi istilah awan,ia didefinisikan sebagai suatu metafora untuk internet.



                                       











 

Wednesday, 13 April 2022

RANGKAIAN TEKNOLOGI IR 4.0


 
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak
Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.



Secara kesimpulannya,berdasarkan video di atas,kita boleh merumuskan serba sedikit tentang industri ke-4 dimana revolusi ke-4 ini  menunjukkan teknologi yang semakin canggih dan moden serta banyak penemuan yang ditemui yang boleh membantu tugasan seharian kehidupan manusia menjadi lebih pantas dan lancar.Kecanggihan ini  mendatangkan banyak kelebihan pada zaman era yang semakin mencabar pada masa kini berbanding teknologi sebelumnya.Antara kelebihannya ialah dapat meningkatkan produktiviti yang lebih berdaya saing,seterusnya dapat meningkatkan pengubahsuaian bagi pengilangan secara fleksibel.

Walaupun terdapat kelebihannya,sudah semestinya terdapat cabaran yang perlu diharungi.Sebagai contoh tahap keselamatan integrasi dalam talian boleh memberi ruang terjadinya pelanggaran tentang kebocoran data.Selain itu juga,modal yang hendak dikeluarkan perlu besar dalam setiap pelaburan yang dilaksanakan kerana dalam bidang pekerjaan,pekerja haruslah mempunyai pelbagai skill kemahiran yang baru serta risiko yang perlu di ambil kira.Sehubungan dengan itu,diharapkan dengan kewujudan teknologi baharu ini negara akan lebih maju dan mencapai matlamat serta hala tuju yang diimpikan setanding dengan negara luar yang juga menggunakan teknologi revolusi perindustrian ke empat ini.

KESELAMATAN SIBER

        Seterusnya ialah penemuan dalam teknologi baharu ini ialah keselamatan siber. Merujuk kepada penemuan teknologi baharu dalam revolusi perindustrian ke empat ini, keselamatan siber juga tergolong dalam kategori ini, sistem keselamatan iaitu terkenal sebagai Ujian Penilaian Postur Keselamatan IT atau terkenal dengan Ujian Penebusan Rangkaian. Jurutera keselamatan siber akan mengaturkan perkhidmtan ini dengan serangan siber terhadap sistem ICT. Ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan sistem ICT iaitu rangkaian  network dan aplikasi Mobile/Web dalam keadaan lemah atau sebaliknya bagi sebuah syarikat.Perkhidmatan keselamatan siber ini telah mendapat pengiktirafan dari Akreditasi dan ia merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana majoriti institusi kewangan dan syarikat ternama di Malaysia berada dibawah pengiktirafan Akreditasi. Secara umumnya, permulaan munculnya revolusi Industri ini, berbagai persoalan yang timbul tentang tahap kesediaan Malaysia bagi pengadaptasian bagaimana persediaan ini berkembang agar terus maju sama ada boleh berkembang seiring dengan negara lain. 



Umum mengetahui wabak Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 lalu yang mana semua sektor dan pelbagai bidang terjejas teruk akibat wabak yang melanda itu, namun secara tidak langsung, norma baharu yang diperkenalkan telah mendokong perkembangan IR 4.0 kerana pada masa itu, agenda transformasi digital di Malaysia dapat lagi dipercepatkan. Peratusan cara bekerja, sistem pembelajaran malah cara komunikasi menjadi satu perbezaan berbanding sebelumya.Mereka boleh membuat pemantauan dan boleh mengendalikan dari jauh serta boleh diprogramkan bagi kewujudan persamaan serta dapat melakukan operasi dalam persekitaran kerja yang mempunyai persamaan dengan manusia.

ROBOTIK

 Selain itu, penemuan dalam teknologi baharu ialah robotik.Robotik boleh didefinisikan sebagai mesin yang membolehkan kerja-kerja manusia dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk.Penggunaan sistem robotik ini mempunyai beberapa sistem mekanikal dimana fungsi robot ini terdiri daripada sensors (input), actuators (output) yang mana pengawalan dilaksanakan melalui komputer. Perkataan asal robotik ini ialah peralatan elektrik dan mekanikal dapat dilakukan secara automatik. Seiring dengan arus semasa pada masa kini yang berkembang pesat, komunikasi dan teknologi maklumat dalm bidang pekerjaan sangat berkesan dan memberi pengaruh kepada golongan yang bekerja. Bagi sektor dalam industri pengeluaran, penggunaaan sistem robotik ini sangat meluas yang merangkumi sistem yang dikawal secara penggunaan komputer dan untuk automasi kilang, sebaliknya jika bukan melibatkan sektor pengeluaran, teknologi baharu ini menerusi teknologi maklumat tetap berkembang terutamanya untuk perkhidmatan sektor awam dan swasta. Penemuan teknologi baharu seperti ini sangat baik bagi menghasilkan gerak kerja yang cepat dan pantas, ini terbukti apabila kerja-kerja yang rumit dapat disiapkan dengan cepat dan tepat kerana pergerakan ortagon boleh melepasi had tambahan.